Thursday, December 30, 2010

Penyokong Bola Sepak Malaysia Seperti Periuk Api Meledak?

gambar hiasan : bharian.com.my


Kecoh satu Malaya dan seantero dunia, Malaysia buat kali pertamanya menjulang Piala AFF Suzuki. Itu semua sudah sedia maklum. Tetapi tulisan ini bukanlah hendak berdiskusi panjang lebar berkenaan Match First Leg di Bukit Jalil, mahupun Final Leg di GBK Jakarta atau bagaimana sepakan penalti Indonesia diselamatkan Khairul Fahmi yang kini umpama selebriti; begitu HIT dibincangkan! Tulisan ini bukan berkenaan bagaimana prestasi pemain-pemain Malaysia, apatah lagi pemain Indonesia. Bukan juga hendak menulis isu laser-melaser Indonesia-Malaysia yang saya pandang isu kanak-kanak yang riuh diperbesarkan oleh segelintir golongan separa matang. Bukan juga isu dukun-mendukun yang dipropakan media, apatah lagi isu Sotong Kurita Indonesia! Sewaktu mendengar berita lawak tentang sotong kurita Indonesia yang meramal kemenangan Indonesia tersebut, saya sedang memandu sendirian. Hampir sahaja terbabas tergelak guling-guling!

Jadi anda sudah faham kan, tulisan ini tidak bermotif mengulas perkara sedia ada yang hangat diperkatakan di laman sesawang, laman sosial, meskipun di kedai-kedai kopi! It is just a little pieces of everything based on my observation! Tetapi pokok pangkalnya tulisan ini adalah berkenaan pandangan segelintir golongan yang berpendapat :

Tiba-tiba semua orang sokong bola sepak Malaysia?

Tiba-tiba? Ini isu yang hendak saya ketengahkan. Saya akui perkara ini berlaku. Hampir semua orang sibuk mengatakan tentang perkara ini. Ramai yang bersorak riang ria dengan kemenangan pasukan Malaysia. Yang tidak ikut langsung bola sepak Malaysia pun tiba-tiba begitu meriah bangga melompat-lompat sekali. Lantas pandangan sinis dari suara-suara sumbang pun sampai ke telinga saya. Banyak pandangan sinis berkata,
  • Inilah rakyat Malaysia, dah menang baru nak Proud To Be Malaysian!
  • Bila dah menang, baru nak beriya-iya Google pasal pasukan Bola Sepak Malaysia. Sebelum ni, ambil tahu pun tidak!
  • Bila kalah, seorang pun tidak berbunyi. Bila menang, semua pakat-pakat mengaku bangga!
Lantas, perkara ini terus berlegar-legar dalam fikiran saya. Mengapa, mengapa, mengapa perkara ini berlaku? Dan mengapa, mengapa, mengapa ada suara sinis yang meragui semangat patriotik yang muncul tiba-tiba ini akibat fenomena bola sepak? Secara peribadinya, saya gembira dengan fenomena ini.

Lalu saya bentangkan kemungkinan jawapan untuk menjawab persoalan dalam fikiran saya ini. Namun hasil penulisan ini merupakan pendapat peribadi saya semata-mata. Anda yang membaca berhak untuk tidak bersetuju atau menambah apa-apa isi tulisan ini di ruang komen.

Terlebih dahulu saya ingin membincangkan bagaimana hal mengenai bola sepak Malaysia ini menjadi satu fenomena yang umpama Tsunami melanda. Tidak lupa juga pada fenomena TsuFahmi!

Saya merupakan seorang yang mengikuti sukan sejak dari kecil lagi tetapi harus ditekankan disini, bukan ekstremis! Saya mengikuti every little pieces of everything, dari sukan Badminton, Tinju, Sepak Takraw, hinggalah ke Bola Sepak. Terus terang saya katakan, saya tidak mengikuti Bola Sepak seperti EPL dsb. kecuali World Cup. Itu pun hanya sekali lalu sehinggalah Final Match atau Semi Final! Sebab utama, tidak tahan nak menunggu match waktu bukan waktu tempatan dan Final Match lebih meriah! Tetapi selalunya apabila berkesempatan, Piala Malaysia tu wajib! Dan duduk depan TV sepanjang musim Sukan Asia, Sukan Komanwel, Sukan Olimpik, Sukan Sea! -Terus sahaja saya teringat Komanwel 1998 di Kuala Lumpur, Malaysia! Agi Idup Agi Ngelaban by Sapok Biki! :)

Perkara kedua, memang saya ada masalah suka tengok pemain! Okay fine, ini typical! Masa World Cup 2002 di Seoul, saya menggilai pemain Korea Selatan, Ahn Jung Hwan! Dan sejak Final Piala Malaysia 2010, Oktober lalu, Kelantan vs. Negeri Sembilan, petama kalinya saya tidak sibuk memandang pasangan kembar terhangat Malaya, tetapi lebih tertumpu kepada Khairul Fahmi! Penjaga gol Kelantan yang berwajah persis aktor Japang! Sudahlah berwajah Japang, tangkap bola umpama putera katak menangkap lalat! Slurpp! Itu puncanya saya kini dilanda TsuFahmi! Namun rupa paras bukan ukuran, saya turut menggilai Bambang Pamungkas sewaktu dia menyarung jersi Selangor! Baiklah, Bambang pun handsome juga!

Baiklah, sudah tahu kan latar belakang tahap keminatan sukan saya? Saya bersemangat waja, tetapi tidak ekstremis! Tetapi saya tetap antara yang akan duduk 5 minit awal terutamanya apabila Datuk Lee Chong Wei menentang Lin Dan! Sumpah itu memang nervous! Maka saya kategorikan diri saya sebagai MILD sahaja kalau mengikut tahap Nescafe 3 in 1! Dan saya rasa, ramai yang berada dalam kategori saya, terutamanya perempuan! Kami adalah golongan yang sayang mata, maka kami tak tonton Liga Inggeris! :)

Tetapi isunya disini adalah, salahkah rakyat Malaysia tidak kiralah yang baru nak sokong tiba-tiba ke, memang penyokong tegar ke bersama-sama bersorak merai kemenangan ini? Baiklah, ada yang kata salah... Sebab kenapa masa kalah tak sama-sama berduka? Nampak tak perkara ni sama macam dalam kehidupan? Teman bergelak ketawa berjuta, teman berduka seorang pun susah nak jumpa. Itu lumrah. Maafkan kekurangan rakyat kita yang memang lebih suka mengkritik dari mengangkat. Tetapi apabila rakit sudah teguh dibina, ramai pula yang hendak menumpang sama tour sungai Melaka :) Fikir-fikir kan. Padahal kita lah bangsa yang mencipta pepatah, berat sama dijunjung, ringan sama dijinjing. Berat junjung piala je ke nak? :P

Cuma satu perkara yang saya katakan saya GEMBIRA dengan fenomena Harimau Malaya! Berita politik kurang di dada akhbar dan di berita jam 8malam! Sumpah saya bosan dengan isu-isu remeh yang diperbesarkan dalam gelanggang politik negara kita. Apabila semua dah sibuk bola, isu sondol-sondol, tolak-tolak, rampas-rampas, maki hamun pun kurang sikit didedahkan. Mungkin tetap berlaku, tetapi kurang dipropakan! Which is good! Saya tidak merasakan pendedahan buruk perangai dalam kancah politik itu bagus untuk imej negara kita.

Seperkara lagi, tidak mengapalah meskipun penyokong Pasukan Bola Sepak Malaysia tiba-tiba sahaja meledak seperti periuk api yang tiba-tiba dipijak. Saya memang percaya bahawa rakyat Malaysia memang mempunyai semangat patriotik yang sangat tinggi. Tengok sahaja, saya rasa negara kita antara negara yang paling banyak lagu-lagu berunsur patriotik! Beratus-ratus tidak terbilang rasanya! Cuma kadang-kadang rakyat kita seolah-olah malas nak tunjuk sangat. Tidak lupa pada ada yang malu nak ke-Malaysia-an sangat kerana lebih bangga dengan negara luar, produk luar, dan macam-macam lagi dari luar!

Sebab? Tak standard lah, low class lah, atau kekampungan? Dalam perkara ini saya tidak menafikan saya di antara yang berfikiran begitu, kadangkala. Tidak dapat dielakkan, sedikit sebanyak dalam lubuk hati segelintir rakyat Malaysia masih membanggakan apa sahaja yang datang dari luar. Contohnya bahasa? Tulis sikit dalam bahasa Inggeris, macam class sikit! -Oh terasa! Blog saya ini juga berbahasa Inggeris.

Tetapi kenapa perkara seumpama ini berlaku?
Saya berpendapat bahawa kita merupakan negara baru yang masih hijau. Kesan penjajahan membuat kita serba sedikit goyah dengan perkara berkenaan jati diri. Kita penat dipijak. Kita bosan ditindas. Kita mahu berdiri megah. Kita mahu air muka kita dijaga. Kita mahu suara kita didengar. Kita mahu dilihat! Oleh itu kita cuba dengan cara segera = mee segera! Cepat panas, cepat sejuk. Cepat makan, cepat lapar. Contohnya, tiru sahaja dari negara maju, negara barat! Cedok sahaja semuanya. Maka kita akan jadi seperti mereka? Betul atau salah? Kita nilai sendiri. Ini bukan tuduhan. Kalau anda tidak buat tidak mengapa. Saya juga nak tegur diri sendiri.

Remark sedikit :
Best kan tengok negara Jepun, rakyatnya bertatasusila. Civilized! Baiklah mari kita mulakan dengan :
  1. Berdiri di kiri tangga bergerak (escalator) sebab laluan kanan untuk yang hendak mendaki laju.
  2. Pulangkan trolley di trolley bay selepas membeli belah.
  3. Beri laluan orang yang hendak keluar dahulu, baru masuk di evalator / lift dan di KTM, LRT, Monorail, dsb.

Saya terpesong tajuk? Tiba-tiba cakap pasal jati diri? Maksud saya... Meletusnya sokongan tiba-tiba kepada Pasukan Bola Sepak Malaysia terjadi akibat perkara ini lah. Rakyat Malaysia tiba-tiba bangkit menyokong mungkin adalah kerana risau kalah di tangan Indonesia. Kenapa Indonesia? Kenapa dulu lawan Vietname tidak risau sangat? Sebab banyak sangat pertelingkahan berlaku antara Malaysia-Indonesia! Terutamanya di kalangan rakyat kita. Maka semua rakyat Malaysia jadi patriotik lebih dari biasa. Itu perkara biasa. Tak biasa? Baiklah saya bagi situasi sikit. Pernah tengok kanak-kanak bergaduh? Katakan lah ada 3 orang, A, B dan C. Mereka saling tidak kenal antara mereka. Tetapi apabila A dan B bergaduh, tiba-tiba C menyebelahi A walaupun tak kenal sangat sebab mereka sama jantina atau sama kampung, atau sama sekolah atau kolej? Kan dah belajar, bahawa similarity = kesamaan membawa kepada kecenderungan!

Maka tiba-tiba rakyat Malaysia bangkit bersama-sama tidak kira bangsa, agama dan pegangan politik, sorak sama-sama untuk Pasukan Harimau Malaya! Semua mengaum sama! Seperkara lagi, saya berpendapat, rakyat Malaysia memang sukakan fenomena rasanya! Contohnya fenomena Akademi Fantasia, Mawi, dsb. Hal ini saya belum fikirkan lagi. Nanti lah ya! Dan oh ya, semasa saya LIKE Facebook Khairul Fahmi Che Mat, baru dalam hampir 40 ribu sahaja. Tetapi tiba-tiba, 110,660 People Like This pagi ini! This is totally a WOW!

p/s Adik saya berumur 11 tahun juga tiba-tiba off Wii, main kt Playstation dan PSP nya, cari game bola! Siap namakan team dia Harimau Malaya dan customize warna jersi, tukar semua nama player jadi skuad kebangsaan? :)


:: kalau bukan kita, siapa lagi? ::

maaf di atas kepincangan struktur penulisan saya, kan sudah saya katakan,
it's a little pieces of everything!
Ampun dan maaf penutup kata.
Sekian, Terima Kasih :)
Majulah Sukan Untuk Negara!




cogan kata hari ini, tiba-tiba!

4 comments:

ryan said...

Tsufahmi aha.... btw i really like "Teman bergelak ketawa berjuta, teman berduka seorang pun susah nak jumpa".

Farah Taib said...

Hasil tulisan ini very academically..macam, kalau aku lecturer, aku dah bagi A+

btw, well put.nice thought!syaz buat i terfikir sekejap.hehehe.

*Like button*

Hazrey Rahman said...

Bagus cara penulis berfikir. Bila dah baca, saya pun berpendapat yang sama.

I think it's time. We need to do something, don't we? :)

Peace for Malaysia!

syazhillmy said...

Ryan, hehe TsuFahmi :)
Yeah, tu kan reality. Suka bersama. Duka bersendiri.

Anne,
Thanks :))
*Nak visit blog Anne puler :)

Hazrey,
Thanks. Yes, we really need to do something. Start with.. Kita :)
Peace for Malaysia, Peace for world :)