masuk kini lembaran yang kedua,
sambutan tak seindah mana,
kasih dah berubah hala,
rindu sudah lagi tiada.
tetapi aku masih ada,
meniti kasih yang sama,
merindu hanya pada dia,
mencinta hanya yang sama.
kini dia gembira,
mahu lepas, mahu bebas,
mahu lihat segala yang ada,
aku buat dia rimas.
aku tak mampu kata,
jangan mahupun tidak,
kerana dia kan kata,
aku ini penghalang.
aku juga tak mahu,
jadi pendesak buat tersayang,
tapi ketahuilah sayang,
aku pun punya hati.
namun aku sudah rela,
pijaklah hati ini,
henyaklah jiwa ini,
kerana tanpamu aku kan lebih sengsara.
di mataku hanya ada kamu,
di jiwaku juga hanya kamu,
meski nyawa jadi taruhan,
mencintaimu tetap mesti.
aku cinta kamu.
aku rindu kamu.
mungkin masa takkan berulang,
tetapi kau tetap ku sayang.
No comments:
Post a Comment