Aku harus jadi si sabar yang bertahan.
Untuk dia,
Aku harus mengalah dan beralah.
Untuk dia,
Aku harus memahami meskipun keliru.
Untuk dia,
Aku harus senyum meskipun terluka.
Untuk dia,
Aku harus mengerti erti kesakitan.
Tetapi kerana dia,
Aku tahu yang aku ini seorang yang penyabar.
Kerana dia,
Aku tahu aku mampu bertahan.
Kerana dia,
Aku tahu yang aku mampu mencintai sebegini sekali.
Kerana dia,
Aku tahu erti mencintai itu satu kesakitan.
Kerana dia,
Aku tetap bahagia kerana lelah berenang.
Dalam api kesedihan,
Dalam lautan tangisan,
Demi membahagiakan dia.
Namun tak pernah sekali pun,
Aku sesali perasaan aku terhadap dia,
Kerana dia akan tetap menjadi dia,
Dia akan tetap aku sayangi,
Meski dia menghunus seribu pedang,
Menusuk hati, menembus jantung.
Kerana hati ini akan terus mencintai dan menyayangi hanya dia.
:: Dia, cubalah lagi kau henyakkan hati ini,
cubalah lagi kau pijakkan perasaan ini,
cubalah lagi kau hunus jiwa ini.
Aku pasti sampai bila pun,
kau takkan mampu,
menanam benci aku terhadapmu.
Malah kau semakin menyemai cinta aku kepadamu ::
+ malang bagimu menjumpai aku, si pencinta tegar +
cubalah lagi kau pijakkan perasaan ini,
cubalah lagi kau hunus jiwa ini.
Aku pasti sampai bila pun,
kau takkan mampu,
menanam benci aku terhadapmu.
Malah kau semakin menyemai cinta aku kepadamu ::
+ malang bagimu menjumpai aku, si pencinta tegar +
No comments:
Post a Comment