Tuesday, September 22, 2009

Meludah Ke Langit

Terpanggil untuk menulis disini selepas menonton satu demi satu video dan artikel di laman internet tentang hal/isu Malaysia-Indonesia. Pengguna internet dari Malaysia dan Indonesia bertengkar sesama sendiri di laman web. Tidak banyak, tercarik sakit di hati melihatkan situasi ini.

Kepada semua pembaca Malaysia dan Indonesia,
Pertama sekali, untuk apa kita bergaduh? Apa hadiah kepada kemenangan kita? Maruah? Kehebatan?

Kita serumpun, Melayu, Jawa, Bugis atau apa sahaja, kita Asian. Kita manusia yang sama, serupa dan tidak berkuasa apa. Tidakkah kita fikir bahawa kuasa besar di luar sana sedang mentertawakan kita kerana sekecil kita ini pun mahu bergaduh, bermusuh sesama sendiri. Bukan kah kita seharusnya hidup harmoni, toleransi bersama? Menerima baik dan buruk sesama sendiri demi kemajuan bersama? Kita berbalah di pentas media dan internet disini, adalah untuk apa? Membuka pekung di dada kita sendiri? Memapar pada dunia betapa jahilnya kita? Memapar fakta-fakta yang tidak diperakui hanya sekadar untuk menghentam sesama sendiri? Tidak tergelakkah warga dunia yang lain melihat situasi ini. Saya sendiri tergelak dengan beberapa kenyataan disini yang nyata salah dari sudut fakta. Tarikh, situasi dan kenyataan sebenar, semuanya salah. Tidak malukah kita? Seolah-olah urusan rumah tangga suami dan isteri dipekik dan dilolong sampai didengar oleh jiran tetangga?

Malaysian dan Indonesian,
Jika saya mahu jadi seperti salah satu kamu semua, saya boleh balas kritikan anda semua di sini satu demi satu mengikut amarah dan emosi saya sendiri. Rasa patriotik negara sendiri dihina ibarat tiada maruah. Pertama ingin saya menegur, bukanlah Malaysia tidak mahu berperang itu bererti takut. Tetapi mengapa mesti perang? Kita mengutuk kuasa besar AS mengamal perang ke atas negara-negara yang ditindas, mengapa harus kita turut amalkan? Perang perlukan wang, perang perlukan nyawa, perang nyata sekali memberi kesan buruk kepada generasi muda. Itulah rasionalnya mengapa kita tidak perlu berperang. Di Malaysia, di Indonesia, kita sama-sama ada kadar kemiskinan. Mengapa tidak duit berperang itu digunakan untuk membantu yang susah. Mengapa harus membeli bom dan senjata? Bukankah kita khalifah di muka bumi harus menjadi pengaman, bukanlah pencetus kekacauan.

Isu siapa lebih pandai, siapa lebih bodoh? Jika kita berterusan bertelingkah begini, masyarakat dunia semua akan memandang kita SAMA BODOH. Tidak lebih, tidak kurang.

Kepada semua, hentikan semua persengketaan sia-sia ini. Isu curi mencuri, hamba menghamba, siapa kuat, siapa besar, siapa bagus, sedarlah yang kita semua sama manusia. Tidak ada kurang, tidak ada lebih. Asian, tunjukkan masyarakat dunia kita juga maju. Kita juga ada maruah. Fikir-fikirkan anda semua. Terima Kasih, dari Malaysia untuk semua.

# bukan nasionalis, cuma rakyat biasa menuntut harmoni.
Agak termalu kerana seorang rakan dari Australia terbaca comment2 di youtube tentang kutukan-kutukan di laman tersebut tentang Malaysia. Meski saya bukan wakil kerajaan, ambassador atau apa sahaja, tetapi terasa di hati membersih nama negara sendiri apabila diperkotak-katik begini. Namun apa kuasa saya, sekadar mampu berkata di cebisan ruang yang tiada siapa hendak membaca. :(

4 comments:

shmlhzm said...

wow. syaz. is it so boring sambil u bace all those things?

syazhillmy said...

haha i mmg si penganalisis tak hormat hahaha :P

u blum tgok i duk sehari, smlm, sepagi gile baca investigations outcomes of my kegilaan, late princess diana or crime cases kt msia ke ape ke hahaha :P
sure u akan kata i gile plak haha!

comic_fanz said...

hahaa.. syaz memang kaki selidik.. hehee..

Anonymous said...

sokong aspirasi loverlikeme!