Thursday, December 31, 2009

UiTM di hatiku, terima kasih UiTM!


"Tak baik merungut-rungut, orang dulu2 lagi susah nak gi menuntut ilmu, syaz!"
~monolog syaz pada dirinya sendiri.

So, I should be thankful and grateful with what I have now. Demi merealisasikan wawasan UiTM untuk mengurangkan kesesakan di kawasan fakulti, kami semua dikehendaki memakirkan kenderaan 4 roda kami (sbb motor terkecuali) kt padang kawad next sem (lg 2 hari je pun). Padahal dah berkuatkuasa last sem, tp saya pecah record tak pernah mematuhinya spjg last sem. Tapi saya x pernah memberi masalah laluan pada org lain, seperti tanpa hemah dan toleransi mem-block kereta org atau laluan, tidak pernah sesekali... Maka saya bakal menyediakan semua di bawah ini (mcm list do's and don'ts la) bagi memudahkan diri.


Semuanya adalah gara-gara kemunculan palang automatik di setiap pintu masuk setiap fakulti, juga beberapa kawasan tapak parkir (gila besar itu) yang berdekatan dengan kawasan fakulti. Termasuklah tapak parkir besar yg kt sebelah dentistry, juga fakulti engineering itu (yg dekat tangga tinggi tu)...


*Gambar adalah hasil tinjauan penulis pagi tadi ke kawasan kampus. Sebenarnya berita ini telah diketahui saya hampir sebulan yang lepas selepas dihubungi rakan dan adik yg berada di semester akhir program asasi di induk. Tetapi x berkesempatan lagi nak meninjau, dan hari ini? jengjengjeng :)


Sekarang saya perlu memikirkan cara untuk meminta wang poket lebih sebab nak kene naik bus dari padang kawad ke fakulti. Tambahan pula, bus rapid kini mengenakan tambang setiap kali naik, bukan tiket harian macam dulu. Jadi kalau pakcik bus UiTM lambat, atau bus mengalami kesesakan, saya kene naik bus rapid. Kesian kepada ibu bapa saya, sudahlah bayarkan duit monthly kereta, insurans, minyak pula (kegunaan gi kelas kebanyakkannya ok! sbb saya bukan kaki ukur jalan sesuka hati), pastu kene bg saya extra pocket money pula nak bayar tambang bus. Takpelah, nak menuntut ilmu lah katakan. Bukan lah saya malas nak berjalan, (sbb bagus untuk saya lose weight dan exercise juga) tapi macam agak tiada logika juga seandainya saya perlu berjalan kerana agak jauh, dan kawasan yang berbukit-bukit itu bakal menghauskan tapak kasut saya sebelum waktunya.

*peta diambil dari web yg memberi arah ke kampus mawar. X merah adalah tempat letak kereta, (padang kawad) dan X hijau adalah fakulti saya! :)


*new sem, may life be kind to me and things goes smoothly :)
love,
syaz :)

No comments: